APA ITU KEMAHIRAN MEMBUAT PRAFRASA?
|
Merupakan kemahiran mengulang ayat
klien tanpa mengubah makna asal. Ia bertujuan untuk mendapatkan kepastian
dan menyatakan bahawa kaunselor faham dengan apa yang dinyatakan oleh klien.
Selain itu, ia juga adalah respon kaunselor setelah mendengar isi dan
memerhati tingkahlaku klien, pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam ayat
yang agak pendek, kebiasaannya, prafrasa melibatkan penggunaan kembali maksud
atau ayat klien dalam bentuk yang lain tampa mengubah makna.
Contoh:
Klien : saya berasa tidak selesa berada
disini.
Kaunselor : oooo…. Kamu tidak selesa disini
|
Rumusan:
tujuan
kemahiran prafrasa adalah
· Mengulangi
semula kepada klien kata-kata yang baru disebutkan.
· Menjelas
dan memberikan tumpuan kepada apa yang klien baru sebutkan.
· Memberitahu
klien bahawa kaunselor mendengar apa yang diperkatakan.
· Mendorong
klien untuk meneruskan penerokaan
· Menggelak
kekeliruan dan ketidaksefahaman
|
Nota Bimbingan & Kaunseling
Kemahiran Asas Kaunseling
Sunday
KEMAHIRAN MEMBUAT PRAFRASA
Saturday
KEMAHIRAN MEMBUAT REFLAKSI
APA ITU KEMAHIRAN MEMBUAT REFLAKSI?
Reflaksi isi
Reflaksi perasaan
Reflaksi pengalaman
|
-Kemahiran membuat reflaksi adalah bayangan semula isi percakapan klien, perasaan yg
tersirat & idea-idea dari pengalaman klien
-Ianya mengandungi makna dan nilai tentang perkara yang kaitan dengan latar belakang, sejarah keluarga,komuniti dan seumpamanya yang berkaitan dengan
klien.
- kemahiran ini kaunselor lebih dapat memahami perasaan klien
-ianya juga dapat memberi fokus kepada kaunselor tentang idea baru yang
disampaikan oleh klien dan dapat memberikan keyakinan kepada klien bahawa kaunselor memberi
perhatian kepadanya
- Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh
kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan
semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan
tepat. Refleksi isi yang tepat membolehkan klien berasa bahawa beliau
didengari dengan betul dan difahami. Akan tetapi terdapat perhatian yang
harus diketahui oleh kaunselor tersebut. Contohnya jangan membuat refleksi
isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang sama
berulang-ulang kali.
Contoh:
Klien: saya rimas dan bengang kt umah, kat sekolah
pon sama.
Kaunselor: jadi, azmi fikir masalah ini bermula dari
rumah hinggalah ke sekolah
- Kemahiran merefleksi perasaan ialah
penyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan
oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi
tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap yang sedang dialami oleh
klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada
pada diri klien dan akhir sekali memberi ruang untuk klien mengeluarkan
perasaan dengan cara yang baik dan memberi kelegaan kepadanya.
Contoh:
Klien: geram sangat, dia orang permaikan saya dan
buat saya macam orang bodoh.
Kaunselor: jadi, azmi geramlah dengan gelagat mereka
terhadap azmi ya.
-Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh klien. Oleh itu kemahiran refleksi bukan sahaja diperlukan bagi perkara-perkara yang didengar dengan mulut tetapi apa yang dilihat seperti cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling dijalankan.
Contoh:
Klien :“Sejak peristiwa
tersebut, saya rasa disisihkan oleh adik saya. Dia buat saya macam orang
luar. Langsung dia tidak peduli kat saya…tegur pun tidak. Saya rasa sedih
sangat.”
Kaunselor: “Anda merasa sedih
sangat bila adik anda menyisihkan anda dan tidak mempedulikan anda.”
|
Rumusan:
tujuan reflaksi
a. Menggalakkan klien meluahkan perasaan sama ada yang
positif atau negatif mengenai sesuatu perkara.
b. Kaunselor memperkatakan mengenai perasaan klien yang
samar-samar dan menyatakan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri
klien (perasaan yang tersirat).
c. Refleksi boleh membantu klien mengalami perasaannya secara
mendalam supaya ia boleh menyedari tentang situasi yang tidak selesai.
d. Membantu klien supaya menyedari tentang perasaan yang
sedang menguasainya ketika itu.
e. Memberi ruang dan peluang kepada klien meluahkan
perasaannya dengan cara yang baik dan akan memberi kelegaan kepadanya
|
KEMAHIRAN MENYOAL
APA ITU KEMAHIRAN MENYOAL?
SOALAN TERTUTUP
SOALAN TERBUKA
|
-kemahiran ini merupakan cara yang paling
mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh
kaunselor dan dijawab oleh klien.
- soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang
tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan
dan masalah tanpa merasa dirinya terggugat.
-Kaunselor perlu memastikan bahawa soalan yang hendak ditanya sesuai dan mudah untuk difahami oleh klien untuk menjawabnya.
- Matlamat kemahiran menyoal ini adalah untuk mendapatkan maklumat
dengan cepat, seterusnya maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan
kepastian tentang masalah klien
- Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan
kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik
- Soalan tertutup ialah soalan yang menghadkan
kepada satu atau beberapa perkataan sahaja
- Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien
adalah untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan
maklumat yang khusus
- Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup
sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih
spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan
sahaja, seperti ‘ya’ atau ‘tidak’
Contoh Satu
“…Bila perkara ini telah
berlaku?.”
Contoh kedua
“Berapa lama hubungan ini telah
terjalin?.”
-Soalan tertutup digunakan untuk tujuan seperti
1) menggalakkan sesi kaunseling daripada terkeluar dari tajuk
perbincangan
2) memenuhi jurang maklumat yang spesifik
3) mengurangkan percakapan klien yang banyak
-solan terbuka ialah bertujuan untuk menjemput perbincangan, penjelasan dan
huraian yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus.
- Matlamat bertanyakan soalan terbuka adalah untuk
menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan.
- Selain itu, soalan terbuka dapat memberi ruang
kepada klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan
dikhususkan oleh kaunselor
- Soalan terbuka juga membolehkan klien memberi
maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif dan membolehkan klien mengeluarkan
pendapat sendiri.
- Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada
klien memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya
sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu
- Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti “bagaimanakah
kejadian itu boleh berlaku?” Atau “sejauh manakah kejadian itu mengganggu
hidup anda?”
- klien untuk bebas
bercerita atau menerangkannya.
- Kaunselor perlu menyedari, kesan dan implikasi
daripada soalannya terhadap kliennya. Gabungan dua jenis soalan ini dapat
digunakan mengikut kesukaan dan keperluan kaunselor bergantung kepada jenis
maklumat yang diperlukan.
- Soalan terbuka digunakan untuk tujuan di permulaan
sesi kaunseling, untuk mendapatkan maklumat lebih jelas dan menggalakkan klien
yang pendiam untuk bercakap
-Contoh
soalan terbuka
“Kalau tidak keberatan, boleh anda
kongsikan penderitaan anda tersebut dengan saya.’
“Agaknya bagaimana hal ini boleh
berlaku.”“Boleh tolong jelaskan lagi maksud renggang itu.”
|
KEMAHIRAN MELAKUKAN DORONGAN MINIMA
APA ITU KEMAHIRAN MELAKUKAN DORONGAN MINIMA?
|
-Kemahiran ini adalah untuk memberikan sokongan kepada klien untuk meneruskan
percakapan dan perbincangan
-Kaunselor perlu memberi dorongan kepada klien untuk terus bercerita
-Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan
ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercerita dan
memberikan penjelasan tentang masalah yang dihadapi oleh klien
|
contoh dorongan minima adalah seperti “hm…m, teruskan, “lepas itu”,
“kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh….”, sentuhan, angguk kepala,
kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.
|
KEMAHIRAN MENEROKA
APA ITU KEMAHIRAN MENEROKA?
|
-Kaunselor berperana untuk memahami perasaan klien
dengan lebih terperinci.
-Kemahiran ini perlu dikuasai oleh kaunselor kerana melalui
kemahiran ini kaunselor dapat mengetahui dengan lebih lanjut masalah yang
dihadapi oleh klien
-Kemahiran ini akan membantu kaunselor untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh klien
|
Contoh:
Kaunselor:
Masalah zaza adalah tidak dapat belajar di rumah kerana sibuk membantu
ibu. Boleh saya tahu apakah yang zaza lakukan?
Klien: saya bantu ibu mengasuh budak-budak di rumah
Kaunselor: boleh zaza beritahu tentang ibu?
Klien: ibu saya seorang yang…..
|
KEMAHIRAN MENDENGAR
APA ITU KEMAHIRAN MENDENGAR?
3 komponen pemerhatian yang diambil kira
|
-Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang
paling asas dan penting dalam sesi kaunseling
- Kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masa untuk mendengar daripada menyampuk percakapan klien -Gerak geri klien semasa bercakap juga harus di lihat dan di dengar sama kerana segala tingkah laku klien akan memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya. -Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar kerana ia termasuk dalam perasaan hatin, pemikiran mental dan fizikal klien. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.
1) interperetasi yang mengarah kepada fahaman seluruh
kata klien
2) penilaian terhadap segala yang di dengar serta
membuat keputusan cara hendak menggunakan maklumat tersebut
3) bertindak balas dengan segala apa yang di dengar oleh
kaunselor dan perlu dibuat pertimbangan tentang cerita yang didengar.
|
Rumusan
- Kaunselor harus mendengar dengan teliti
- Hubungan antara kaunselor dengan klien tidak dapat diteruskan dengan baik sekiranya
kaunselor gagal mendengar dan memahami sebelum membuat tanggapan yang
muktamad kepada maklumat yang diterima daripada klien
|
Subscribe to:
Posts (Atom)