Saturday

KEMAHIRAN MEMBUAT REFLAKSI



APA ITU KEMAHIRAN MEMBUAT REFLAKSI?















Reflaksi isi












Reflaksi perasaan














Reflaksi pengalaman
-Kemahiran membuat reflaksi adalah bayangan semula isi percakapan klien, perasaan yg tersirat & idea-idea dari pengalaman klien
-Ianya mengandungi makna dan nilai tentang perkara yang kaitan dengan latar belakang, sejarah keluarga,komuniti  dan seumpamanya yang berkaitan dengan klien.
- kemahiran ini kaunselor lebih dapat memahami perasaan klien
-ianya juga dapat memberi fokus kepada kaunselor tentang idea baru yang disampaikan oleh klien dan dapat memberikan keyakinan kepada klien bahawa kaunselor memberi perhatian kepadanya

- Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi isi yang tepat membolehkan klien berasa bahawa beliau didengari dengan betul dan difahami. Akan tetapi terdapat perhatian yang harus diketahui oleh kaunselor tersebut. Contohnya jangan membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali.
Contoh:
Klien: saya rimas dan bengang kt umah, kat sekolah pon sama.
Kaunselor: jadi, azmi fikir masalah ini bermula dari rumah hinggalah ke sekolah 

- Kemahiran merefleksi perasaan ialah penyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap yang sedang dialami oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien dan akhir sekali memberi ruang untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang baik dan memberi kelegaan kepadanya.
Contoh:
Klien: geram sangat, dia orang permaikan saya dan buat saya macam orang bodoh.
Kaunselor: jadi, azmi geramlah dengan gelagat mereka terhadap azmi ya.

-Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh klien. Oleh itu kemahiran refleksi bukan sahaja diperlukan bagi perkara-perkara yang didengar dengan mulut tetapi apa yang dilihat seperti cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling dijalankan.
Contoh:
Klien :“Sejak peristiwa tersebut, saya rasa disisihkan oleh adik saya. Dia buat saya macam orang luar. Langsung dia tidak peduli kat saya…tegur pun tidak. Saya rasa sedih sangat.”
Kaunselor: “Anda merasa sedih sangat bila adik anda menyisihkan anda dan tidak mempedulikan anda.”

Rumusan:  tujuan reflaksi
a. Menggalakkan klien meluahkan perasaan sama ada yang positif atau negatif mengenai sesuatu perkara.
b. Kaunselor memperkatakan mengenai perasaan klien yang samar-samar dan menyatakan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien (perasaan yang tersirat).
c. Refleksi boleh membantu klien mengalami perasaannya secara mendalam supaya ia boleh menyedari tentang situasi yang tidak selesai.
d. Membantu klien supaya menyedari tentang perasaan yang sedang menguasainya ketika itu.
e. Memberi ruang dan peluang kepada klien meluahkan perasaannya dengan cara yang baik dan akan memberi kelegaan kepadanya