Saturday

KEMAHIRAN MENYOAL



APA ITU KEMAHIRAN MENYOAL?




























SOALAN TERTUTUP































SOALAN TERBUKA
-kemahiran ini merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien.
- soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalah tanpa merasa dirinya terggugat.
-Kaunselor perlu memastikan bahawa soalan yang hendak ditanya sesuai dan mudah untuk difahami oleh klien untuk menjawabnya.
- Matlamat kemahiran menyoal ini adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, seterusnya maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian tentang masalah klien
- Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik

- Soalan tertutup  ialah soalan yang menghadkan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja
- Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus
- Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti ‘ya’ atau ‘tidak’
Contoh Satu
“…Bila perkara ini telah berlaku?.”
Contoh kedua
“Berapa lama hubungan ini telah terjalin?.”
-Soalan tertutup digunakan untuk tujuan seperti
1) menggalakkan sesi kaunseling daripada terkeluar dari tajuk perbincangan
2) memenuhi jurang maklumat yang spesifik
3) mengurangkan percakapan klien yang banyak

-solan terbuka ialah bertujuan untuk menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus.
- Matlamat bertanyakan soalan terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan.
- Selain itu, soalan terbuka dapat memberi ruang kepada klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan dikhususkan oleh kaunselor
- Soalan terbuka juga membolehkan klien memberi maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif dan membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri.
- Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu
- Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti “bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku?” Atau “sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup anda?”
- klien untuk bebas bercerita atau menerangkannya.
- Kaunselor perlu menyedari, kesan dan implikasi daripada soalannya terhadap kliennya. Gabungan dua jenis soalan ini dapat digunakan mengikut kesukaan dan keperluan kaunselor bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan.
- Soalan terbuka digunakan untuk tujuan di permulaan sesi kaunseling, untuk mendapatkan maklumat lebih jelas dan menggalakkan klien yang pendiam untuk bercakap
-Contoh soalan terbuka
“Kalau tidak keberatan, boleh anda kongsikan penderitaan anda tersebut dengan saya.’
“Agaknya bagaimana hal ini boleh berlaku.”“Boleh tolong jelaskan lagi maksud renggang itu.”