Sunday

KEMAHIRAN MEMBUAT PRAFRASA



APA ITU KEMAHIRAN MEMBUAT PRAFRASA?

Merupakan kemahiran mengulang ayat klien tanpa mengubah makna asal. Ia bertujuan untuk mendapatkan kepastian dan menyatakan bahawa kaunselor faham dengan apa yang dinyatakan oleh klien. Selain itu, ia juga adalah respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkahlaku klien, pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam ayat yang agak pendek, kebiasaannya, prafrasa melibatkan penggunaan kembali maksud atau ayat klien dalam bentuk yang lain tampa mengubah makna.
Contoh:
 Klien : saya berasa tidak selesa berada disini.
 Kaunselor : oooo…. Kamu tidak selesa disini

Rumusan:
tujuan kemahiran prafrasa adalah
· Mengulangi semula kepada klien kata-kata yang baru disebutkan.
· Menjelas dan memberikan tumpuan kepada apa yang klien baru sebutkan.
· Memberitahu klien bahawa kaunselor mendengar apa yang diperkatakan.
· Mendorong klien untuk meneruskan penerokaan
· Menggelak kekeliruan dan ketidaksefahaman

Saturday

KEMAHIRAN MEMBUAT REFLAKSI



APA ITU KEMAHIRAN MEMBUAT REFLAKSI?















Reflaksi isi












Reflaksi perasaan














Reflaksi pengalaman
-Kemahiran membuat reflaksi adalah bayangan semula isi percakapan klien, perasaan yg tersirat & idea-idea dari pengalaman klien
-Ianya mengandungi makna dan nilai tentang perkara yang kaitan dengan latar belakang, sejarah keluarga,komuniti  dan seumpamanya yang berkaitan dengan klien.
- kemahiran ini kaunselor lebih dapat memahami perasaan klien
-ianya juga dapat memberi fokus kepada kaunselor tentang idea baru yang disampaikan oleh klien dan dapat memberikan keyakinan kepada klien bahawa kaunselor memberi perhatian kepadanya

- Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi isi yang tepat membolehkan klien berasa bahawa beliau didengari dengan betul dan difahami. Akan tetapi terdapat perhatian yang harus diketahui oleh kaunselor tersebut. Contohnya jangan membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali.
Contoh:
Klien: saya rimas dan bengang kt umah, kat sekolah pon sama.
Kaunselor: jadi, azmi fikir masalah ini bermula dari rumah hinggalah ke sekolah 

- Kemahiran merefleksi perasaan ialah penyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap yang sedang dialami oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien dan akhir sekali memberi ruang untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang baik dan memberi kelegaan kepadanya.
Contoh:
Klien: geram sangat, dia orang permaikan saya dan buat saya macam orang bodoh.
Kaunselor: jadi, azmi geramlah dengan gelagat mereka terhadap azmi ya.

-Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh klien. Oleh itu kemahiran refleksi bukan sahaja diperlukan bagi perkara-perkara yang didengar dengan mulut tetapi apa yang dilihat seperti cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling dijalankan.
Contoh:
Klien :“Sejak peristiwa tersebut, saya rasa disisihkan oleh adik saya. Dia buat saya macam orang luar. Langsung dia tidak peduli kat saya…tegur pun tidak. Saya rasa sedih sangat.”
Kaunselor: “Anda merasa sedih sangat bila adik anda menyisihkan anda dan tidak mempedulikan anda.”

Rumusan:  tujuan reflaksi
a. Menggalakkan klien meluahkan perasaan sama ada yang positif atau negatif mengenai sesuatu perkara.
b. Kaunselor memperkatakan mengenai perasaan klien yang samar-samar dan menyatakan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien (perasaan yang tersirat).
c. Refleksi boleh membantu klien mengalami perasaannya secara mendalam supaya ia boleh menyedari tentang situasi yang tidak selesai.
d. Membantu klien supaya menyedari tentang perasaan yang sedang menguasainya ketika itu.
e. Memberi ruang dan peluang kepada klien meluahkan perasaannya dengan cara yang baik dan akan memberi kelegaan kepadanya

KEMAHIRAN MENYOAL



APA ITU KEMAHIRAN MENYOAL?




























SOALAN TERTUTUP































SOALAN TERBUKA
-kemahiran ini merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien.
- soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalah tanpa merasa dirinya terggugat.
-Kaunselor perlu memastikan bahawa soalan yang hendak ditanya sesuai dan mudah untuk difahami oleh klien untuk menjawabnya.
- Matlamat kemahiran menyoal ini adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, seterusnya maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian tentang masalah klien
- Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik

- Soalan tertutup  ialah soalan yang menghadkan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja
- Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus
- Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti ‘ya’ atau ‘tidak’
Contoh Satu
“…Bila perkara ini telah berlaku?.”
Contoh kedua
“Berapa lama hubungan ini telah terjalin?.”
-Soalan tertutup digunakan untuk tujuan seperti
1) menggalakkan sesi kaunseling daripada terkeluar dari tajuk perbincangan
2) memenuhi jurang maklumat yang spesifik
3) mengurangkan percakapan klien yang banyak

-solan terbuka ialah bertujuan untuk menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus.
- Matlamat bertanyakan soalan terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan.
- Selain itu, soalan terbuka dapat memberi ruang kepada klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan dikhususkan oleh kaunselor
- Soalan terbuka juga membolehkan klien memberi maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif dan membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri.
- Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu
- Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti “bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku?” Atau “sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup anda?”
- klien untuk bebas bercerita atau menerangkannya.
- Kaunselor perlu menyedari, kesan dan implikasi daripada soalannya terhadap kliennya. Gabungan dua jenis soalan ini dapat digunakan mengikut kesukaan dan keperluan kaunselor bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan.
- Soalan terbuka digunakan untuk tujuan di permulaan sesi kaunseling, untuk mendapatkan maklumat lebih jelas dan menggalakkan klien yang pendiam untuk bercakap
-Contoh soalan terbuka
“Kalau tidak keberatan, boleh anda kongsikan penderitaan anda tersebut dengan saya.’
“Agaknya bagaimana hal ini boleh berlaku.”“Boleh tolong jelaskan lagi maksud renggang itu.”

KEMAHIRAN MELAKUKAN DORONGAN MINIMA

APA ITU KEMAHIRAN MELAKUKAN DORONGAN MINIMA?

-Kemahiran ini adalah untuk memberikan sokongan kepada klien untuk meneruskan percakapan dan perbincangan
-Kaunselor perlu memberi dorongan kepada klien untuk terus bercerita 
-Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercerita dan memberikan penjelasan tentang masalah yang dihadapi oleh klien 


contoh dorongan minima adalah seperti “hm…m, teruskan, “lepas itu”, “kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh….”, sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.

KEMAHIRAN MENEROKA


APA ITU KEMAHIRAN MENEROKA?
-Kaunselor berperana untuk memahami perasaan klien dengan lebih terperinci.
-Kemahiran ini perlu dikuasai oleh kaunselor kerana melalui kemahiran ini kaunselor dapat mengetahui dengan lebih lanjut masalah yang dihadapi oleh klien
-Kemahiran ini akan membantu kaunselor untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh klien

Contoh: 

Kaunselor:  Masalah zaza adalah tidak dapat belajar di rumah kerana sibuk membantu ibu. Boleh saya tahu apakah yang zaza lakukan?
Klien: saya bantu ibu mengasuh budak-budak di rumah

Kaunselor: boleh zaza beritahu tentang ibu?
Klien: ibu saya seorang yang…..

KEMAHIRAN MENDENGAR



APA ITU KEMAHIRAN MENDENGAR?










3 komponen pemerhatian yang diambil kira
-Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling
- Kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masa untuk mendengar daripada menyampuk percakapan klien
-Gerak geri klien semasa bercakap juga harus di lihat dan di dengar sama kerana segala tingkah laku klien akan memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya.
-Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar kerana ia termasuk dalam perasaan hatin, pemikiran mental dan fizikal klien. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.

1) interperetasi yang mengarah kepada fahaman seluruh kata klien
2) penilaian terhadap segala yang di dengar serta membuat keputusan cara hendak menggunakan maklumat tersebut
3) bertindak balas dengan segala apa yang di dengar oleh kaunselor dan perlu dibuat pertimbangan  tentang cerita yang didengar. 

Rumusan
- Kaunselor harus mendengar dengan teliti
- Hubungan antara kaunselor dengan klien tidak dapat diteruskan dengan baik sekiranya kaunselor gagal mendengar dan memahami sebelum membuat tanggapan yang muktamad kepada maklumat yang diterima daripada klien